
Bagaimanapun katanya, kebenaran itu diberikan hanya selepas 28 hari mereka menerima suntikan vaksin berkenaan.
“Cansino adalah vaksin jenis dos tunggal dan ia sama dengan vaksin jenis dua dos yang lain.
“Tiada halangan bagi mereka yang menerima vaksin jenis dos tunggal untuk masuk ke mana-mana premis perniagaan atau melakukan urusan namun mestilah selepas 28 hari dari tarikh mereka mendapat vaksin berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, Shahelmey yang juga pengarah Program Imunisasi Sabah berkata, usaha pemberian vaksin kepada orang ramai akan tetap diteruskan walaupun dengan penutupan beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini.
“Walaupun beberapa PPV telah ditutup, terdapat 16 PPV lagi yang masih dibenarkan beroperasi di kawasan yang masih memerlukan. Bagi kawasan yang sudah tidak mempunyai PPV, pemberian vaksin akan dilakukan di klinik kesihatan berdekatan,” katanya.