Peneroka Felda maut kenderaan terbabas, langgar pokok

Peneroka Felda maut kenderaan terbabas, langgar pokok

Polis berkata mayat Md Jani Sulong, 66, ditemukan orang awam yang kemudiannya melaporkan penemuan itu di Balai Polis Ladang Geddes.

Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat sesak nafas, menurut polis. (Gambar Polis)
JEMPOL:
Seorang peneroka felda ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger yang melanggar sebatang pokok di kebun sawit di Jalan Kebun Ladang Gaddes, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Hoo Chang Hook berkata, mayat Md Jani Sulong, 66, ditemukan orang awam, yang kemudiannya melaporkan penemuan itu di Balai Polis Ladang Geddes pada pukul 11.30 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati peneroka Felda itu sedang dalam perjalanan dari kedai Hardware Ladang Gaddes menuju Felda Serting Hilir pada kira-kira 11 pagi kelmarin apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit.

Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata, lelaki itu dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat sesak nafas.

Hoo berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk bedah siasat, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.