
Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat, berkata kedua-duanya yang berusia 39 dan 44 tahun diarahkan berpatah balik semasa pemeriksaan polis di sekatan jalan raya dekat Jeli, kira-kira 12 tengah hari ini.
Beliau berkata, pasangan kekasih itu dipercayai datang dari Perak dan menuju ke Pasir Mas dengan alasan pulang ke kampung untuk berkahwin.
“Dalam pada itu, polis turut mengeluarkan kompaun ke atas 10 individu hari ini atas kesalahan menjalankan aktiviti pendakian tanpa suntikan lengkap vaksin Covid-19 dekat Bukit Panau, Tanah Merah.
“Kompaun dikeluarkan semasa polis menjalankan operasi pematuhan SOP Covid-19 di lokasi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Op Pematuhan SOP Covid-19 Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara di Pantai Geting.
Mengenai operasi pematuhan berkenaan, Shafien berkata pihaknya menggunakan teknologi dron terutama di kawasan peranginan bagi meningkatkan pemantauan serta memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengunjung sekiranya berlaku pelanggaran SOP.
Sementara itu, beliau berkata berlaku kenaikan kemasukan antara 10% hingga 15% kenderaan di pintu sempadan negeri ini terutama dari negeri utara namun keadaan masih terkawal.