
Laporan itu menyatakan pihak pendakwaan sebelum ini telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada Mei 2021 untuk membebaskan Mangalagiri Dhruva Kumar daripada tuduhan mengedar sekurang-kurangnya 22.73g diamorphine atau heroin.
Bagaimanapun, panel tiga hakim dianggotai Hakim Besar Sundaresh Menon, Hakim Judith Prakash, dan Hakim Chao Hick Tin menolak rayuan itu.
Bercakap melalui peguamnya, Mangalagiri dilaporkan berkata dia “sangat bersyukur kepada Tuhan dan sistem di Singapura”.
Menurut laporan itu Mangalagiri dituduh menyerahkan beg mengandungi heroin kepada seorang wanita pada 16 Mei 2014, di luar Pasar Raya Sheng Siong di Woodlands Center Road.
Wanita itu kemudian menyerahkan dadah itu kepada seorang lelaki sebelum kedua-duanya ditahan pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) pada hari yang sama.
Mereka telah dibicarakan, dan wanita itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana disabitkan mengedar sekurang-kurangnya 22.73g heroin, manakala lelaki itu disabitkan bersalah pada 2016.
Dia dihukum gantung sampai mati selepas rayuannya ditolak pada 2018.