Polis rampas dadah bernilai RM500,000

Polis rampas dadah bernilai RM500,000

Penahanan lima lelaki membawa kepada rampasan lebih 5kg dadah jenis heroin base dalam empat serbuan berasingan di sekitar Sungai Petani, kelmarin.

Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat (kanan) menunjukkan dadah jenis heroin base yang dirampas di Sungai Petani dalam sidang media hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Penahanan lima lelaki membawa kepada rampasan lebih 5kg dadah jenis “heroin base” bernilai hampir RM500,000 dalam empat serbuan berasingan di sekitar Sungai Petani, kelmarin.

Ketua Polis Kedah Kamarul Zaman Mamat berkata, serbuan dilakukan pada jam 4.40 petang berjaya menahan lima lelaki berusia antara 21 tahun hingga 36 tahun.

“Serbuan dilakukan hasil risikan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kota Setar. Polis menahan dua lelaki dan merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios di tepi jalan Taman Cindai Jaya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Hasil pemeriksaan menemui empat ketulan mampat “heroin base” yang dibalut dengan plastik lut sinar dan kertas minyak seberat hampir tiga kilogram.

Tambah beliau lagi, polis turut menemui satu bungkusan lut sinar berisi serbuk putih disyaki bahan kimia seberat 25,000g dan satu bungkusan “aluminium foil” berisi bahan kimia seberat 1,007g dalam but kereta,” katanya.

Susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Raja dan menemui bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi tiga ketulan mampat berisi “heroin base” seberat lebih 2kg. Seorang suspek ditahan kerana disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah,” katanya.

“Dua lagi suspek ditahan di Taman Ria Jaya dan Taman Cindai Jaya. Semua suspek direman tujuh hari sehingga 18 Oktober depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.