
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar mencadangkan usul pelantikan itu mengikut Peraturan Mesyuarat 76 yang diluluskan dengan suara majoriti Ahli Parlimen.
Jawatankuasa Pemilih diketuai oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun dan dianggotai enam Ahli Parlimen, iaitu empat daripada blok kerajaan dan dua wakil pembangkang.
Mereka adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali; Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof; Ahli Parlimen Bagan Datuk, Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Parlimen Marang, Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Port Dickson, Anwar Ibrahim.
Jawatankuasa itu dilantik pada awal setiap penggal Parlimen bagi menjalankan kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan Mesyuarat.