
Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata, lokaliti berkenaan adalah Felda Lembah Klau, Mukim Gali, Raub.
“PKPD dilaksana setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa (jangkitan Covid-19),” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.
Sementara itu PKPD di empat perkampungan Orang Asli Seri Makmur, Tanjung Rambutan,Kinta, Perak akan tamat bermula esok.
Penamatan itu melibatkan Kampung Bakok, Kampung Jambu, Kampung Lalang dan Kampung Dollah yang mula dikenakan PKPD sejak 29 Sept lalu.
Menurut kenyataan itu, tiada lokaliti dikenakan lanjutan pelaksanaan PKPD hari ini.