
Setiausaha Agungnya, Chang Kim Loong berkata, kerajaan perlu menjaga keperluan mereka yang tidak mampu membayar sewa bulanan lebih RM1,000 dan tidak perlu khuatir mengenai golongan yang mampu.
Chang mengulas jawapan bertulis Parlimen Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang berkata, Jemaah Menteri sedang mengkaji draf awal RTA.
RTA, yang dijangka dibentang di Dewan Rakyat tahun depan, bertujuan melindungi penyewa dan pemilik rumah.
Usul tersebut termasuk menghalang pemilik rumah mengusir penyewa tanpa alasan kukuh, menaikkan sewa dengan melampau, dan mengamalkan diskriminasi kaum dalam memilih penyewa.
Chang berkata, persatuannya boleh menyediakan templat perjanjian standard sekiranya tujuan utama kerajaan adalah melindungi penyewa miskin di rumah flat kecil dan pangsapuri.
Beliau maklum bahawa kerajaan cuba mengawal semua jenis sewaan bawah RTA, katanya.
“Kami beritahu kerajaan, tak boleh kawal semuanya kerana ia akan melemaskan keseluruhan industri sewaan. Kami ingatkan, jangan ambil tanggungjawab yang tak mampu ditanggung,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, templat perjanjian yang dicadangkan itu boleh menetapkan deposit dua bulan dan pendahuluan sewa satu bulan.
“Namun, orang yang menyewa unit lebih RM1,000 tak perlu berada bawah RTA kerana mereka mampu membayar peguam untuk mengendalikan kes,” katanya.