
Seramai 20,927,867 individu atau 89.4% daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Baru-baru ini Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata perjalanan merentas negeri akan dibenarkan apabila 90% populasi dewasa negara ini telah divaksin lengkap, berdasarkan data dan analisis Kementerian Kesihatan (KKM).
Dalam pada itu, sebanyak 94.7% atau 22,166,911 individu daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.
Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,104,896 individu atau 64.6% telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, manakala 74.6% atau 24,384,831 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Selain itu, seramai 177,029 atau 5.6% populasi remaja telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.
Sebanyak pertambahan 174,820 dos harian diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 45,379,299 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.