Tiada lokaliti baharu, lanjutan PKPD

Tiada lokaliti baharu, lanjutan PKPD

PKPD di Kampung Bambangan Telupid, Sabah tamat esok mengikut jadual.

KUALA LUMPUR:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di satu lokaliti di Sabah ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata lokaliti berkenaan adalah Kampung Bambangan, Telupid.

“PKPD ditamatkan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa (jangkitan Covid-19),” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

PKPD di lokaliti tersebut bermula pada 27 Sept lepas.

Menurut kenyataan, tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD dan tiada pelanjutan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.