
PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di tiga lokaliti di Pahang yang sepatutnya tamat esok, dilanjutkan sehingga 23 Okt ini.
Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata, ia membabitkan Pos Sinderut dan perkampungan Orang Asli di Pos Lenjang serta Pos Titom di daerah Lipis.
Sementara itu, PKPD di perkampungan Orang Asli di Kuala Krau, iaitu Kampung Pasu dan Kampung Penderas, serta Rumah Pangsa Jalan Karak di Temerloh, Pahang ditamatkan esok mengikut jadual.
Katanya, PKPD di Kampung Tinongian, Kampung Karagasan serta Base Camp Bornion Timber Sdn Bhd di Sabah turut berakhir esok.
Menurut kenyataan itu, tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD hari ini.