Umno sudah serah surat rasmi gugur keahlian kepada 2 ADUN Melaka

Umno sudah serah surat rasmi gugur keahlian kepada 2 ADUN Melaka

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata, surat diserahkan kepada Ketua Umno Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad, kelmarin dan diterima dua ADUN berkenaan yang juga ahli Umno bahagian itu semalam.

Ahmad Maslan berkata, mengikut dua fasal dalam perlembagaan Umno, kedua-dua ADUN berkenaan tergugur keahlian parti itu.
KUALA LUMPUR:
Umno telah menyerahkan surat rasmi pengguguran keahlian dua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu yang menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali, kata Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan.

Ahmad berkata, surat itu diserahkan kepada Ketua Umno Tangga Batu Mohamad Ali Mohamad kelmarin dan diterima dua ADUN berkenaan yang juga sebelum ini ahli Umno bahagian itu semalam.

Kedua-dua mereka adalah bekas ADUN Sungai Udang Idris Haron dan Pantai Kundor Azman Hassan.

“Mengikut dua fasal dalam perlembagaan Umno, mereka berdua telah tergugur daripada keahlian Umno,” katanya pada sidang media di bilik media Bangunan Parlimen hari ini.

DUN Melaka dibubarkan pada 4 Okt lepas susulan tindakan empat ADUN, iaitu Idris dan Nor Azman serta Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman.

Susulan itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, ADUN daripada Umno yang telah mengkhianati kerajaan Melaka pimpinan Barisan Nasional (BN) akan dipecat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.