
Perdana Menteri berkata, buat masa ini kerajaan meletakkan syarat mereka yang lengkap vaksinasi dibenarkan masuk ke negara ini, namun sempadan belum dibuka kepada pelancong.
“Kalau kita lihat dari segi sejarahnya walaupun kita buka pintu negara kita kepada warganegara asing untuk masuk tetapi perkembangan di negara asal pengembara itu juga diambil kira.
“Setiap tindakan kerajaan kita dapat pandangan dan cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang buat penilaian risiko, kita tidak buka (sempadan) sewenang-wenangnya,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara.
Ismail menjawab soalan tambahan Senator Razali Idris sama ada kerajaan mempunyai pelan pengurusan krisis Covid-19 nasional sekiranya pintu sempadan dibuka serta kemungkinan berlaku lonjakan kes dan penularan varian baharu seperti di negara lain.