PKPD 2 lokaliti di Sabah, Pahang tamat esok

PKPD 2 lokaliti di Sabah, Pahang tamat esok

Tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD dan tiada pelanjutan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara, hari ini.

PKPD di Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang tamat seperti dijadualkan esok.
KUALA LUMPUR:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Sabah dan Pahang akan ditamatkan esok seperti yang dijadualkan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Rodzi Md Saad berkata dua lokaliti berkenaan adalah Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud, Sabah dan Kampung Telimau, Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands, Pahang.

“PKPD ditamatkan setelah meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan mengenai situasi semasa,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook, hari ini.

PKPD di dua lokaliti tersebut bermula pada 25 Sept lepas.

Menurut kenyataan itu, tiada lokaliti baharu dikenakan PKPD dan tiada pelanjutan bagi mana-mana PKPD di seluruh negara, hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.