
Beliau berkata, sebanyak 416 rampasan daripada 22,384 pemeriksaan dilaksanakan dalam operasi berkenaan.
Katanya, daripada jumlah tersebut sebanyak 220 kes melibatkan bot nelayan asing dari Vietnam.
“Op Naga berupaya membantu dalam membanteras kegiatan pencerobohan bot nelayan asing terutamanya dari negara Vietnam yang sangat aktif di perairan negara tidak kira di perairan pantai timur ataupun di perairan Sabah dan Sarawak,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Salahuddin Ayub (PH-Pulai) yang meminta kementerian itu menyatakan sama ada Op Naga masih diteruskan bagi menyelamatkan hasil negara dan membela nasib nelayan terutama dalam mendepani krisis Covid-19.
Ismail berkata, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 24 April 2019 bersetuju supaya Kementerian Dalam Negeri mengetuai pasukan petugas yang dianggotai agensi yang berkaitan bagi menjalankan operasi secara bersepadu dalam menangani isu pencerobohan bot nelayan asing, selain mengelakkan kehilangan hasil sumber laut negara dengan melancarkan Op Naga.
“Kerjasama strategik antara pelbagai agensi melalui Op Naga ini masih diteruskan,” katanya.