Rasuah urus jenazah, 5 kakitangan hospital dicekup

Rasuah urus jenazah, 5 kakitangan hospital dicekup

Suspek dipercayai melakukan kegiatan itu sejak 2019 dengan memperoleh rasuah lebih RM20,000.

Lima kakitangan hospital itu disyaki meminta dan menerima rasuah daripada ejen sebagai balasan memperoleh kerja pengurusan jenazah.
PETALING JAYA:
Lima kakitangan hospital ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, hari ini, kerana disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja pengurusan jenazah di hospital itu.

Harian Metro memetik sumber berkata, kegiatan itu dipercayai dilakukan sejak 2019 hingga tahun ini, membabitkan jumlah suapan lebih RM20,000.

Difahamkan, semua suspek berusia antara 34 tahun hingga 44 tahun itu ditahan sekitar 3 petang di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Selangor Alias Salim dilaporkan mengesahkan penahanan terbabit.

Katanya, semua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam untuk permohonan reman, esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.