Pesara kerajaan ditemui lemas di Pantai Batu 4, Port Dickson

Pesara kerajaan ditemui lemas di Pantai Batu 4, Port Dickson

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Redzuan Goonasagaran Abdullah, 59, merupakan seorang pesara kerajaan.

Mayat mangsa ditemui seorang penginap resort berdekatan dalam keadaan terdampar di tepi Pantai Batu 4 pada pukul 6.30 petang.
PORT DICKSON:
Mayat seorang pesara kerajaan yang lemas semasa mandi di laut ditemui di tepi Pantai Batu 4 1/2, dekat sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa yang dikenal pasti sebagai Mohd Redzuan Goonasagaran Abdullah, 59, merupakan seorang pesara kerajaan.

Beliau berkata, mayat mangsa ditemui seorang penginap resort berdekatan dalam keadaan terdampar di tepi pantai itu pada pukul 6.30 petang.

“Menurut keluarga mangsa, sebelum kejadian lelaki berkenaan keluar dari rumah pada pukul 6 petang dengan menunggang motosikal seorang diri untuk mandi di laut kerana badan mangsa berasa gatal,” katanya dalam kenyataan semalam.

Aidi Sham berkata, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Port Dickson dan Unit Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima aduan mengenai penemuan mayat itu.

Katanya, hasil pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa dipercayai lemas seorang diri semasa mandi di pantai tersebut.

Laporan bedah siasat Hospital Port Dickson mengesahkan punca kematian disebabkan “fatal drowning”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.