
Dalam kejadian 5 petang itu, anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menyerbu satu unit rumah di Blok 209, selepas menerima maklumat awam mengenai pengedaran dadah.
Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, lelaki itu bertindak agresif sehingga berlaku pergelutan dan cuba mencapai sebilah sabit, tetapi anggota polis berjaya menggarinya.
Tidak lama selepas itu, katanya, suspek pengsan dan pegawai perubatan yang tiba 10 minit kemudian mengesahkan kematiannya.
“Turut berada dalam rumah semasa serbuan ialah ibu serta tiga anak saudara si mati,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Beh berkata, polis menemui sejumlah dadah jenis methamphetamine dan heroin.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut buat masa ini.