
Mansor berkata, sebagai permulaan sistem terbabit akan dilaksanakan dan diuji di Gunung Jerai, Kedah susulan tragedi kepala air yang melanda kawasan itu pada Ogos lalu hingga meragut tiga nyawa.
“Kementerian sedang merancang untuk melaksanakan sistem amaran banjir untuk memberi makluman awal kepada penduduk. Sebagai permulaan, kita dicadangkan untuk menguji sistem itu di Gunung Jerai.
“Sekiranya sistem ini berjaya, ia akan diperluaskan ke seluruh negara,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan tambahan Tengku Zulpuri Raja Puji (PH-Raub) yang meminta kerajaan menjelaskan tindakan untuk mengesan bencana banjir yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.
Mengulas lanjut, Mansor berkata, sistem terbabit akan melibatkan cerapan hujan, aras air dan siren.
“Memandangkan lokasi terletak di kawasan hutan, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memerlukan kerjasama sepenuhnya daripada kerajaan negeri termasuk Jabatan Perhutanan. Ini adalah salah satu usaha yang dilakukan,” katanya.