
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan individu yang lengkap satu dos vaksin pula mencecah 94.5% atau 22,117,595 orang.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 44,797,925 dos.
“Mengikut peratusan populasi keseluruhan, sebanyak 73.8% mendapat dos pertama, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino, manakala 63.8% lengkap dos kedua,” katanya.
Sementara itu, jumlah vaksinasi harian mencatatkan 224,034 dos semalam dengan 122,153 adalah dos pertama manakala 101,881 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.