Jangan percaya, mesej tular Umno Sabah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri disunting, palsu

Jangan percaya, mesej tular Umno Sabah hilang kepercayaan terhadap Ketua Menteri disunting, palsu

Setiausaha akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah Jaafar Abd Wahid berkata, Bung Moktar, yang juga Ketua Umno Sabah, tidak ada membuat sebarang kenyataan media mengenai perkara tersebut.

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor bersama Timbalan Ketua Menteri Sabah Bung Moktar Radin ketika menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua, Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16, di Bangunan DUN Sabah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mesej bergambar tular kononnya daripada Timbalan Ketua Menteri Bung Moktar Radin yang mengatakan Umno Sabah hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Hajiji Noor adalah palsu.

Setiausaha akhbar kepada Timbalan Ketua Menteri Jaafar Abd Wahid berkata Bung Moktar, yang juga Pengerusi Umno Sabah, tidak ada membuat sebarang kenyataan media mengenai perkara tersebut.

Beliau dipetik Bernama berkata, mesej bergambar tersebut telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan mengambil kira situasi politik yang berlaku di Melaka ketika ini.

Beliau berkata perbuatan menyunting mesej bergambar itu dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik peribadi.

“Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak mempercayai berita ini dan menularkannya di media sosial atau mana-mana platform,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Hari ini, empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka mengumumkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.