
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas pada masa sama mempersoalkan berapa jumlah peruntukan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah tahfiz swasta pada pandemik Covid-19.
“Saya telah menghantar soalan untuk Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) yang dijadualkan setiap Selasa dan Khamis sepanjang sidang Parlimen.
“Jika soalan naik, kita nantikan jawapan Menteri Pendidikan. Walau apapun, ia merupakan isu yang wajib memerlukan penjelasan,” katanya di Facebooknya.
Berdasarkan laporan Malaysiakini, peruntukan itu didedahkan Presiden Dong Zong, Tan Tai Kim dan disahkan Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon.
Pada 2019, ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan, media melaporkan Umno bersetuju dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bahawa Dong Zong rasis dan pernah mencabar Putrajaya mengharamkan pertubuhan pendidikan Cina itu.
Naib Presiden Ismail Sabri Yaakob ketika itu mendakwa Dong Zong seperti biasa akan menjuarai isu berkaitan kaum Cina, dan jika ada isu berkaitan penentangan terhadap perkara berkaitan Melayu dan Islam, pertubuhan itu juga akan menjadi pemain utamanya.