
Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan pada Jumaat selepas hadir ke ibu pejabat SPRM untuk membantu siasatan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki ketika dihubungi telah mengesahkan penahanan itu, menurut laporan Sinar Harian.
Suspek kemudiannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Sabtu untuk permohonan reman.
Lelaki terbabit diwakili peguam bela Daljit Singh dan Nicholas Mark Pereira.
Daljit Singh berkata, anak guamnya ditahan reman bermula Sabtu hingga Khamis.
“Anak guam saya telah direman enam hari. Saya dimaklumkan syarikat anak guam saya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.