Kerajaan perbanyak sistem sokongan warga emas, kata PM

Kerajaan perbanyak sistem sokongan warga emas, kata PM

Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan juga merancang untuk memperluas pusat warga emas ke seluruh kawasan Parlimen selaras konsep Keluarga Malaysia.

Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila 15% daripada jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas.
KUALA LUMPUR:
Kerajaan akan memperbanyakkan sistem sokongan kepada golongan warga emas bagi memastikan keperluan golongan itu terpelihara, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, kerajaan juga merancang untuk memperluas pusat warga emas ke seluruh kawasan Parlimen selaras konsep Keluarga Malaysia.

“Sehingga hari ini, sebanyak 140 pusat warga emas telah diwujudkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau hari ini.

Sambil mengucapkan Selamat Hari Warga Emas Kebangsaan 2021 dengan tema Kesaksamaan Digital Merentasi Usia, Perdana Menteri berkata Malaysia akan mewujudkan lebih banyak bandar mesra warga emas pada masa akan datang.

Selain itu, beliau berkata Sistem Pendaftaran Warga Emas Nasional akan ditambah baik dan liputannya diperluas.

Menurut Perdana Menteri, Malaysia dijangka menjadi sebuah negara tua pada 2030 apabila 15% daripada jumlah penduduk berumur 60 tahun dan ke atas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.