
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Mohd Ajib Ismail, berkata, ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah dan selaras peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Beliau berkata, semua masjid dan surau juga dibenar melaksanakan aktiviti pengimarahan seperti kuliah maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, tadarus al-Quran, bacaan Yasin dan doa tertakluk kepada SOP dikeluarkan.
“Semoga umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir,” katanya dalam kenyataan.