Boleh rentas ikut zon mulai esok kecuali sembilan daerah, kata Masidi

Boleh rentas ikut zon mulai esok kecuali sembilan daerah, kata Masidi

Sembilan daerah itu masih dikategorikan sebagai "stand alone district" kerana belum mencapai kadar 60% vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

Sembilan daerah itu belum mencapai kadar 60% vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun.
KOTA KINABALU:
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Masidi Manjun berkata, kerajaan negeri bersetuju untuk membenarkan aktiviti rentas daerah mengikut zon, mulai esok.

Bagaimanapun katanya, sembilan lagi daerah masih dikategorikan sebagai daerah masing-masing atau “stand alone district” disebabkan daerah-daerah berkenaan masih belum mencapai kadar 60% vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa.

“Seperti yang telah diumumkan sebelum ini, mulai 1 Okt daerah-daerah akan dibahagikan mengikut zon. Zon 1 terdiri daripada daerah Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tuaran, Ranau dan Kota Belud.

“Zon 2 yang terdiri daripada Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu; Zon 3 Kudat, Kota Marudu, Pitas dan Beluran; Zon 4 Lahad Datu dan Kunak; dan Zon 5 Keningau, Tambunan serta Tenom.

“Kinabatangan, Telupid, Tongod, Sandakan, Kalabakan, Tawau, Papar, Semporna dan Nabawan dikategorikan sebagai daerah masing-masing disebabkan belum mencapai kadar 60% vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa,” katanya dalam kenyataan harian perkembangan Covid-19 Sabah, hari ini.

Terdahulu, Masidi berkata 993 lagi kes baharu dicatatkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 197,973 kes.

Katanya, jumlah pesakit yang sembuh ialah 1,185 menjadikan jumlah kumulatif kini 178,548 orang.

Sementara itu 3,100 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,168 orang di hospital, 1,905 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 16 di pusat tahanan sementara (PTS) atau penjara manakala tujuh orang di fasiliti swasta,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.