Kurang 5% lagi nak capai 90% populasi dewasa lengkap divaksin

Kurang 5% lagi nak capai 90% populasi dewasa lengkap divaksin

Seramai 19,912,566 individu atau 85.1% daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Seramai 33,050 orang atau 1.1% daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin, menurut data CovidNow. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Statistik terkini menunjukkan dengan vaksinasi hanya 4.9% penduduk sahaja lagi negara akan mencapai tahap 90% populasi dewasa lengkap menerima dua dos suntikan vaksin, berdasarkan data dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

Seramai 19,912,566 individu atau 85.1% daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

JKJAV turut memaklumkan, 94% atau 21,993,709 daripada populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi jumlah populasi keseluruhan, seramai 19,945,616 individu atau 61.1% telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, manakala 71% atau 23,178,045 menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, mengikut data CovidNow seramai 33,050 atau 1.1% daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak 329,722 dos vaksin diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 43,028,919 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.