
Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah berkata, kompaun dikeluarkan sepasukan anggota Balai Polis Sentral yang menjalankan tugas Task Force Pemerkasaan Pematuhan SOP (PKP) 3.0 Zon 3 pada jam 12.15 malam, semalam.
“Semasa pemeriksaan, pusat hiburan di Carpenter Street itu didapati beroperasi melebihi masa dan seramai 44 lelaki dan 20 wanita didapati tidak mematuhi penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Ahsmon berkata, kesemua mereka telah melakukan kesalahan dibawah peraturan 17 (1) PPPPB (LLDKTJ) (PPN) 2021 kerana tidak mematuhi SOP iaitu premis beroperasi lebih masa dan pengunjung tidak mengamalkan penjarakan sosial.
“Setiap seorang pelanggan telah dikompaun RM1,500, manakala pemilik premis dikompaun RM10,000 menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM104,500,” ujarnya.
Tegas beliau juga, operasi akan melipatgandakan usaha memerangi wabak Covid-19.