Terperangkap atas jambatan, bomba selamatkan lelaki khayal hidu gam

Terperangkap atas jambatan, bomba selamatkan lelaki khayal hidu gam

Lelaki berusia 20 tahun itu dipercayai memanjat jambatan itu sebelum terperangkap pada ketinggian kira-kira 6m.

Pasukan bomba berjaya menurunkan lelaki yang terperangkap di atas jambatan dengan menggunakan tangga. (Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat)
KOTA KINABALU:
Seorang lelaki yang disyaki dalam keadaan khayal selepas menghidu gam diselamatkan oleh pasukan bomba selepas terperangkap di atas sebuah jambatan di Beaufort pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, lelaki berusia 20 tahun tersebut dipercayai memanjat jambatan berkenaan sebelum terperangkap pada ketinggian kira-kira 6 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mereka menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 10.44 pagi.

“Sepasukan pegawai dan anggota kemudian bergegas ke lokasi dan mendapati seorang lelaki terperangkap di atas jambatan itu kerana tidak dapat turun.

“Anggota bomba seterusnya menyelamatkan mangsa dengan menggunakan tangga dan dia berjaya diturunkan dengan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.