
Beliau berkata, ia termasuklah tuduhan yang dilemparkan terhadap bekas pengerusi TH, Abdul Azeez Abdul Rahim.
Ahmad Marzuk menjelaskan demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Azeez (BN-Baling) sama ada terdapat kertas siasatan yang dibuka bagi sebarang tuduhan melibatkan kecurian wang di TH sebelum 2018.
Azeez mengetuai TH selama lima tahun bermula 2013 hingga 2018.
Beliau mendakwa tindakan pihak tertentu melontarkan tuduhan kononnya berlaku penyelewengan dana TH mengakibatkan kira-kira 250,000 pendeposit menutup akaun mereka.
Marzuk kemudian mendedahkan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan), Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) memperolehi pendapatan sebanyak RM233.98 juta pada 2019.
“Jumlah ini masih belum mencukupi untuk UJSB melunaskan hutang sebanyak RM27.6 bilion,” katanya di Dewan Rakyat.
UJSB ditubuhkan sebagai syarikat tujuan khas (SPV) untuk mengambil alih dan menguruskan aset tidak berprestasi baik TH.
Pada 2018, ketua polis negara ketika itu Mohamad Fuzi Harun mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung tuduhan penyelewengan dana oleh TH.
Fuzi berkata, siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.