83.7% populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

83.7% populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

Sebanyak 93.7% atau 22,834,060 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, setakat semalam.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Seramai 19,633,681 individu atau 83.7% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal CovidNow hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.7% atau 22,834,060 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 269,465 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 117,196 dos pertama dan 152,269 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 42,375,862 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.