Taman tema dijangka dibuka semula November, kata timbalan menteri

Taman tema dijangka dibuka semula November, kata timbalan menteri

Santhara Kumar berkata, kebenaran pembukaan semula taman tema tertakluk kepada MKN dan KKM yang sedang mengkaji SOP berkaitan.

Santhara Kumar berkata, taman tema adalah persekitaran yang dapat dikawal dengan pematuhan SOP ketat berbanding persekitaran di pantai. (Gambar Bernama)
IPOH:
Taman tema di seluruh negara dijangka dibuka semula kepada orang ramai selewat-lewatnya November ini, iaitu selepas kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Santhara Kumar berkata, kebenaran pembukaan semula taman tema itu tertakluk kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan yang sedang mengkaji berkaitan.

“Pada pendapat saya, taman tema ini adalah persekitaran yang dapat dikawal dengan pematuhan SOP ketat berbanding persekitaran di pantai.

“Di samping itu, pemain industri pelancongan sudah bersiap sedia sepenuhnya untuk menghidupkan semula sektor pelancongan yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya pada sidang media di Taman Tema Lost World of Tambun sempena lawatan kerja sehari di sini.

Khamis lepas, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri berkata, keputusan pembukaan semula taman tema keluarga bakal diumumkan tidak lama lagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.