
PETALING JAYA: Seramai 19,481,412 individu atau 83.1% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.
Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal CovidNow hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.7% atau 22,715,503 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sebanyak 259,141 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 114,618 dos pertama dan 144,523 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 42,106,397 dos.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.