82.5% populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

82.5% populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

Sebanyak 93.6% atau 22,599,346 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, setakat semalam.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Seramai 19,336,889 individu atau 82.5% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Berdasarkan perincian yang dikongsi di portal CovidNow hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan setakat semalam juga, sebanyak 93.6% atau 22,599,346 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 273,373 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 116,881 dos pertama dan 156,492 dos lengkap, menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah sebanyak 41,847,256 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.