
Mereka ialah Rosli Sahak (dipercayai ketua kumpulan itu yang digelar Sakai), A Ravindran, A Uthayakumar, S Sathiaseelan, T Kumar, A Kumaresan, N Tanasilan, Thirumal Raj, M Darshan, A Dineswaran, S Mohanraj dan R Nantha Kumar.
Tertuduh lain ialah S Gobinath, M Ravishankar, M Thinesh, N Tannish, S Sagadevan, Mohamad Faisal Mohamad Sharif, Sukhdave Singh Jesvir Singh, R Logeswaran, R Tannesh dan A Jayaprakash.
Semua mereka membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah.
Semua tertuduh yang berusia antara 18 dan 47 tahun didakwa melakukan perbuatan itu di Flat Sri Selangor, di sini antara Januari 2015 dan Jun 2021 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Maryam Jamielah Manaff, Nur Ainaa Ridzwan dan Rajdeep Singh Bhupinder Singh.
Seramai 17 tertuduh diwakili peguam Sheelan Arjunan, T Harpal Singh, Geethan Ram Vincent, Revin Kumar, Mahajoth Singh, Wan Zaleha Abdul Wahab, Naizatul Zambrina Karizaman, Jay Moy Wei Jiun, Jayarubbiny, P Taneswaran serta K Komaga, manakala lima tertuduh tidak diwakili peguam.
Sequerah menetapkan 22 Oktober ini untuk pengurusan kes.