
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan, berkata pihaknya turut akan memanggil pemilik wang berkenaan, bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid.
“Semua mereka akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan dan dipanggil berdasarkan siasatan oleh pegawai penyiasat,” katanya kepada Bernama.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dilaporkan berkata polis membuka kertas siasatan berhubung laporan polis diterima berkaitan isu berkenaan.
Hamzah berkata, kertas siasatan dibuka bawah klasifikasi Kertas Enkuiri Polis (KEP).
Pada Isnin, SPRM mengesahkan tiga pegawai kanannya direman selama enam hari bagi membantu siasatan terbabit dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan.