9,015 kes keganasan rumah tangga dilapor sepanjang PKP, kata Rina

9,015 kes keganasan rumah tangga dilapor sepanjang PKP, kata Rina

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun berkata sebanyak 2,248 aduan diterima dari Jan hingga Ogos tahun ini.

Rina berkata, 4,110 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dari Mac 2020 hingga akhir tahun lalu.
KUALA LUMPUR:
Sebanyak 9,015 kes keganasan rumah tangga dilaporkan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun.

Beliau berkata, berdasarkan statistik polis, jumlah kes keganasan rumah tangga bagi tahun 2020 ialah sebanyak 5,260 kes dan menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan 2019, iaitu sebanyak 5,657.

“Manakala bagi tempoh Januari hingga Ogos 2021 sebanyak 4,905 kes dilaporkan,” katanya di Dewan Rakyat.

Rina yang menjawab soalan Nizar Zakaria (BN-Parit) berkata, terdapat 4,110 kes dari Mac 2020 hingga akhir tahun lalu.

Katanya, antara inisiatif yang sedang dijalankan untuk mengatasi masalah itu termasuk melalui Talian Kasih yang boleh dihubungi melalui talian hotline di 15999 atau di WhatsApp di 019 2615999.

“Perkhidmatan ini tersedia 24 jam sebagai tempat komunikasi untuk menyalurkan aduan, mendapatkan nasihat dan mendapatkan akses kepada bantuan yang tersedia daripada kementerian, termasuk layanan psikososial,” katanya.

Rina berkata, sebanyak 2,286 aduan diterima melalui Talian Kasih dari Mac hingga Dis 2020, diikuti 2,248 aduan dari Jan hingga Ogos tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.