
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa yang dilaporkan hilang berusia 50 dan 10 tahun.
Jurucakap bomba Sabah ketika dihubungi berkata, terdapat empat mangsa yang berada di dalam bot terbabit yang dikatakan dalam perjalanan pulang dengan menyeberangi Sungai Padas selepas selesai membeli barang keperluan di pekan Tenom.
“Semasa kejadian, sampan yang menghampiri tebing tiba-tiba terbalik kerana arus sungai yang deras.

“Dua mangsa iaitu seorang warga emas lelaki dan seorang wanita dewasa berjaya menyelamatkan diri, manakala dua lagi mangsa lagi telah dibawa arus deras,” katanya.
Beliau berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.13 petang dan mereka juga terpaksa menggunakan kereta api untuk ke lokasi kejadian yang mengambil masa kira-kira sejam.
“Setakat ini, dua mangsa terbabit belum ditemui dan kami akan memberi maklumat dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya.