
Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, daripada jumlah itu 6,762 premis dikenakan tindakan tegas.
“Ia merangkumi 1,267 notis arahan, 4,529 kompaun, 750 penahanan operasi kelengkapan, dua perintah larangan, 12 gantung lesen dan sebanyak 202 kertas siasatan dibuka.
“Sebagai perbandingan, dalam tempoh sama pada 2020, 16,432 pemeriksaan dengan 7,712 tindakan telah dikenakan, iaitu 2,148 notis arahan, 5,354 kompaun, 94 penahanan operasi kelengkapan, 18 perintah larangan, 22 gantung lesen dan 76 kertas siasatan,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat.
Katanya, isu pencemaran alam sekitar berpunca dari premis ditangani secara bersepadu menerusi Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS) dengan penglibatan pelbagai agensi terutamanya kerajaan negeri, polis, SPAN, Jabatan Biokeselamatan, Badan Bekalan Air dan pihak berkuasa tempatan.
“Tindakan secara bersepadu ini akan meningkatkan lagi keberkesanan strategi atau tindakan yang diambil terutamanya dalam melaksanakan penguatkuasaan ke atas punca-punca pencemar sama ada dari industri, projek pembangunan atau lain-lain punca,” katanya.