Kawal harga maksimum ayam kaedah ‘lapuk’, tak selesai masalah, kata Najib

Kawal harga maksimum ayam kaedah ‘lapuk’, tak selesai masalah, kata Najib

Bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata kaedah 'lapuk' itu hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan ayam kerana pengusaha ladang akan terbeban jual pada harga lebih murah.

Najib Razak berkata komitmen Kementerian Kewangan untuk mencari kaedah terbaik bagi menstabilkan harga ayam di pasaran, termasuk melihat sama ada sistem subsidi kepada penternak perlu dilaksanakan sebagai jalan terbaik dalam menstabilkan harga makanan asas itu.
PETALING JAYA:
Menggunakan kaedah “lapuk”, iaitu kawalan harga maksimum bagi ayam tidak akan menyelesaikan masalah kenaikan mendadak harga jualan bahan mentah itu di pasaran, kata Najib Razak.

Bekas perdana menteri itu menegaskan, tindakan terbabit hanya akan menyebabkan kekurangan bekalan ayam kerana pengusaha ladang ternakan akan berasa terbeban kerana terpaksa menjual ayam pada harga lebih murah berbanding harga pengeluaran.

Justeru katanya, komitmen Kementerian Kewangan (MOF) untuk mencari kaedah terbaik bagi menstabilkan harga ayam di pasaran, termasuk melihat sama ada sistem subsidi kepada penternak perlu dilaksanakan, sebagai jalan terbaik dalam menstabilkan harga makanan asas berkenaan.

“Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh. Akhirnya kerajaan akan sasar dan menyelesaikan punca utama kenaikan harga dan kekurangan bekalan ayam, iaitu harga dedak yang naik berganda sejak tahun lepas.

“Harap selepas ini, harga ayam akan lebih stabil dan rendah sebab ia merupakan makanan asas bagi sebahagian besar rakyat pada ketika pendapatan masih terjejas akibat Covid-19,” katanya dalam catatan di Facebook.

Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam terbesar bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.

Timbalan Menterinya Rosol Wahid dilaporkan berkata, subsidi harga itu akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam di tiga negeri, iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak yang mengeluarkan 80% bekalan ke seluruh negara.

Kenaikan harga ayam dikenal pasti berpunca daripada beberapa faktor termasuk harga makanan ayam yang dikatakan meningkat -(komponen makanan ayam seperti jagung dan soya) diimport dari luar negara.

Purata harga ayam yang dijual di pasar basah sejak kenaikan harga bermula awal bulan ini ialah RM9 hingga RM10.50 sekilogram (kg), manakala harga paling tinggi dijual ialah RM11/kg.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.