
Ketua Polis Kedah, Kamarul Zaman Mamat berkata, polis yang melakukan pemeriksaan dan pematuhan SOP ketat di semua pintu masuk dan keluar ke Langkawi mendapati dua wanita itu masih mempunyai tiga hari untuk mencapai tempoh matang 14 hari dos kedua vaksin.
“Sabar sajalah…dah cukup tempoh nanti, datanglah ke Langkawi, tapi mereka nak cuba. Memang kita arahkan patah balik sajalah,” katanya dipetik Berita Harian di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.
Kamarul Zaman turut menasihatkan orang ramai yang ingin ke Langkawi supaya tidak mengikut jejak dua wanita itu melakukan “percubaan” bagi memastikan kehadiran individu tidak lengkap divaksin merosakkan projek perintis gelembung pelancongan bermula Khamis lalu.
Menurut laporan media, dua wanita berusia 32 dan 35 tahun itu dikesan melakukan kesalahan terbabit ketika pemeriksaan polis ke atas semua penumpang yang tiba di Terminal Feri Kuah pada 12 tengah hari semalam.