Tangan kiri hampir putus ditetak saudara sendiri akibat gaduh

Tangan kiri hampir putus ditetak saudara sendiri akibat gaduh

Polis berkata, hasil siasatan mendapati suspek adalah pesakit mental dan pernah menerima rawatan serta mempunyai kad rawatan.

Polis berkata, mangsa cedera di pergelangan tangan kiri dipercayai hampir putus, manakala suspek mengalami kecederaan kecil di bahagian perut.
PETALING JAYA:
Gara-gara bergaduh dengan saudara sendiri, seorang lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak di depan sebuah rumah di Kampung Kelubi Dalam, dekat Jitra, petang tadi.

Dalam kejadian 2.10 petang itu, mangsa yang berusia 27 tahun dipercayai pergi ke rumah suspek berusia 29 tahun, sebelum berlaku pergaduhan di antara mereka.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal mendapati kedua-duanya dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.

Beliau berkata, dalam kejadian itu, masing-masing dipercayai menggunakan senjata tajam, iaitu parang dan sebilah pedang.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di pergelangan tangan kiri dipercayai hampir putus, manakala suspek mengalami kecederaan kecil di bahagian perut.

“Mangsa dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan, manakala suspek ditahan Unit Kereta Peronda untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik Berita Harian ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Rodzi berkata, pihaknya merampas parang dan sebilah pedang untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

“Kita akan mengambil keterangan beberapa saksi yang melihat kejadian itu untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan mendapati suspek adalah pesakit mental dan pernah menerima rawatan serta mempunyai kad rawatan,” katanya.

Rodzi berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.