Cuba lintas landasan, lelaki maut digilis kereta api

Cuba lintas landasan, lelaki maut digilis kereta api

Polis berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius.

Kejadian dipercayai berlaku ketika lelaki berusia 40-an itu cuba melintas landasan kereta api berhampiran Kampung Jawa di Perai.
BUKIT MERTAJAM:
Seorang lelaki maut digilis kereta api berhampiran kawasan perindustrian Perai di sini, malam tadi.

Kejadian 8.20 malam itu dipercayai berlaku ketika lelaki berusia 40-an itu cuba melintas landasan kereta api berhampiran Kampung Jawa di Perai.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Shafee Abd Samad berkata, lelaki itu berkemungkinan maut dilanggar kereta api yang dalam perjalanan ke Bukit Mertajam dari Butterworth.

Menurutnya, mangsa yang juga penganggur mengalami kecederaan serius dan mati di tempat kejadian.

Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.