
JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya memaklumkan individu yang lengkap satu dos vaksin pula sudah mencecah 93.3% atau 22,001,266 orang.
Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) setakat semalam sebanyak 40,375,056 dos.
“Mengikut peratusan populasi keseluruhan, sebanyak 67.4% mendapat dos pertama, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino. Manakala 56.5% lengkap dos kedua,” katanya.
Sementara itu, angka vaksinasi harian mencatatkan 219,081 dos semalam dengan 60,773 adalah dos pertama manakala 158,308 dos kedua.
PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.