Wanita maut tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Cameron Highlands

Wanita maut tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Cameron Highlands

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata K Vijaya, 59, ditemukan anggota pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands pada 5.41 petang.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata, semasa kejadian, terdapat empat orang di dalam rumah tersebut dan jengkaut terpaksa digunakan bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus. (Gambar Bamba Pahang)
CAMERON HIGHLANDS:
Seorang wanita tempatan maut akibat tertimbus dalam insiden tanah runtuh yang melanda rumahnya di Sungai Palas di sini hari ini.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata K.Vijaya, 59, ditemukan anggota pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands pada 5.41 petang.

“Semasa kejadian, terdapat empat orang di dalam rumah tersebut. Seorang wanita telah tertimbus dan jengkaut telah digunakan untuk mengeluarkan mangsa.

“Sementara itu, seorang anak perempuannya berusia 29 tahun mengalami kecederaan disebabkan insiden berkenaan manakala suami mangsa dan seorang lagi anak perempuannya berjaya menyelamatkan diri,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hujan lebat kira-kira dua jam sebelum kejadian menyebabkan berlaku pergerakan tanah di bahagian atas sehingga mengakibatkan sebahagian rumah mangsa roboh dan dihanyutkan air.

Katanya seramai 13 anggota dari BBP Cameron Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.