PKPD di 3 perkampungan Orang Asli, Penjara Penor di Pahang dilanjutkan sehingga 1 Okt

PKPD di 3 perkampungan Orang Asli, Penjara Penor di Pahang dilanjutkan sehingga 1 Okt

Kesemua PKPD empat lokaliti di Pahang itu.

PETALING JAYA:
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Pahang yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan sehingga 1 Okt depan.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Rodzi Md Saad berkata, ia membabitkan tiga perkampungan Orang Asli dan Penjara Penor.

Dalam pada itu beliau berkata, enam lokaliti iaitu masing-masing dua di Sabah, dua di Kelantan dan dua di Pahang ditamatkan esok.

Setakat hari ini tidak ada lokaliti baharu yang dikenakan PKPD.

Pelanjutan PKPD bermula 18 Sept hingga 1 Okt

Pahang

– Tiga perkampungan Orang Asli di Temerloh, Pahang

  • Kampung Kuala Terbol
  • Kampung Pian
  • Kampung Lubok Wong

– Penjara Penor, Kuantan, Pahang

Penamatan PKPD pada 17 Sept

Sabah

Dua lokaliti di Kota Kinabalu, Sabah

  • Taman Keramat
  • Angkasa Apartment

Kelantan

Dua perkampungan Orang Asli Pos Blau, Gua Musang, Kelantan

  • Kampung Blau
  • Kampung Batang

Pahang

  • Rumah Kongsi Pinggiran Goh, Kuantan, Pahang
  • Sempalit, Mukim Gali, Raub, Pahang

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.