
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan negeri, Mohamad Rafie Ab Malek, pematuhan pekerja industri terhadap SOP juga didapati mengurangkan jangkitan wabak itu.
“Seramai 61,105 pekerja sektor industri di negeri ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 melalui pusat pemberian vaksin (PPV) Program Imunisasi Industri Covid-19 Awam-Swasta (PIKAS) yang dibuka di negeri ini,” katanya, menurut laporan Bernama.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 53,961 individu melengkapkan dos kedua vaksinasi di PPV PIKAS d’Tempat Country Club, Sendayan dan PPV PIKAS D’cattleya, Senawang.
Semalam, sebanyak 283 kes Covid-19 dilaporkan di negeri itu menjadikan jumlah keseluruhan 94,467 kes setakat ini.