
Pengarahnya Dr Noryati Abu Amin turut menafikan stok darah di hospital kini di tahap “kritikal.”
“Pusat Darah Negara mahu menekankan maklumat dalam mesej itu adalah palsu dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan umum,” katanya dalam kenyataan.
“Bekalan darah di seluruh negara menunjukkan peningkatan yang baik sejak akhir-akhir ini walaupun masih berdepan pandemik Covid-19.
“Ini kerana penderma darah yang prihatin telah tampil secara konsisten bagi membantu pesakit yang memerlukan.”
Dalam temu bual dengan sebuah portal berita bulan lalu, Noryati berkata, terdapat pengurangan dalam bilangan penderma darah disebabkan peningkatan kes Covid-19 di negeri tertentu.
Katanya, individu yang telah divaksin dan mahu menderma darah sewajarnya menunggu tujuh hari selepas mendapat suntikan itu bagi memastikan penderma dalam keadaan kesihatan optimum.