73.4% populasi dewasa lengkap divaksin setakat semalam

73.4% populasi dewasa lengkap divaksin setakat semalam

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, 38,488,051 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) semalam merekodkan 73.4% atau 17,177,911 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin.

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan, 38,488,051 dos vaksin Covid-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

Menurut JKJAV, 21,372,276 individu di negara ini telah menerima sekurang-kurangnya satu dos, termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam merekodkan sebanyak 227,476 dos dengan 76,346 daripadanya merupakan dos pertama daripada vaksin dua dos, manakala 151,130 adalah dos lengkap.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.