
Pasukan bomba dan penyelamat mengambil lebih sejam untuk memadamkan api yang dipercayai bermula 1 tengah hari tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, 26 rumah musnah dalam kebakaran itu yang berjaya dikawal pada 2.23 petang itu.
Katanya, pasukan bomba dan penyelamat turut mengalami kesukaran memasuki kawasan setinggan itu pada mulanya disebabkan kenderaan diparkir di tepi laluan sempit ke lokasi kebakaran.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Sabah, Misran Bisara berkata, 115 keluarga terjejas akibat kebakaran berkenaan.

Beliau berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Lintas, Kota Kinabalu dan daerah Tuaran dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 1.07 tengah hari.
Katanya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.